COVID-19: Kes Import Meningkat, Kes Harian Baharu Hampir 3,000

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Jun hingga pukul 12:00tgh 24 Jun 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.54 juta kes. Di peringkat global, lebih 547 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.34 juta kes. Lebih 522 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) --- Trend peningkatan kes harian baharu COVID-19 berterusan minggu ini dengan hampir 3,000 kes dilaporkan semalam (23 Jun) termasuk kes import sebanyak 209 kes.

Untuk rekod, kes harian baharu sebanyak 2,796 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam adalah yang tertinggi setakat ini untuk bulan Jun 2022.

Secara keseluruhannya, sebanyak 13,052 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh enam hari Rangkuman Bernama 18 Jun hingga 23 Jun 2022 berbanding 11,647 kes untuk tempoh sama, 11 Jun hingga 16 Jun 2022.

Dengan 2,796 kes semalam, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 27,318 kes dan kes kumulatif sebanyak 4,549,847 kes.

Berkonsepkan ‘Menjunjung Seni dan Warisan’ serta bertemakan ‘Keluarga Malaysia’ pertandingan Dikir Barat 2022 dapat memperkasakan dan memertabatkan seni dikir barat kepada rakyat Malaysia. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan semalam, Malaysia berpotensi dilanda gelombang baharu COVID-19 lebih awal daripada yang dijangkakan berdasarkan peningkatan kes dalam negara dan di negara jiran Singapura.

Untuk perbandingan, Singapura melaporkan sebanyak 7,109 kes (21 Jun), 5,862 kes (22 Jun) dan 6,606 kes (23 Jun).

Sementara itu, Selangor kekal menyumbang kes harian tertinggi dan semalam dengan 930 kes (termasuk 200 kes import), diikuti oleh WP Kuala Lumpur (843), Pulau Pinang (203), Negeri Sembilan (156), Sabah (137), Perak (123) dan Melaka (109). Selangor juga mencatat kes import tertinggi iaitu pada 21 Jun dengan 100 kes daripada 114 kes yang dilaporkan.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Sarawak (70), Johor (52), Kedah (49), WP Putrajaya (48), Pahang (30) dan Kelantan (29).

Negeri mencatat kes satu angka adalah Terengganu (8), Perlis (6) dan WP Labuan (3).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (18 Jun hingga 23 Jun 2022):-

18 Jun (2,127), 19 Jun (1,690), 20 Jun (2,093), 21 Jun (1,921), 22 Jun (2,425) dan 23 Jun (2,796).

 

Rekod kes harian baharu COVID-19 (11 Jun hingga 16 Jun 2022):-

11 Jun (1,709), 12 Jun (1,571), 13 Jun (2,092), 14 Jun (1,922), 15 Jun (2,320) dan 16 Jun (2,033).

 

Sebanyak 2,503 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 23 Jun 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,486,787.

Pemain pasukan Sabah FC meraikan jaringan pertama Sabah FC dalam saingan Liga Super Malaysia Sabah FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

Antara para peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengambil peluang pada cuti hari minggu menyertai program Kuala Lumpur Car Free Morning. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini, KKM melaporkan dua kluster baharu pendidikan yang dikesan pada 23 Jun 2022 di Selangor.

Kluster Jalan Beringin 2 (Hulu Selangor) setakat 23 Jun melibatkan 57 kes sementara sebanyak 51 kes dikesan bagi Kluster Km 5 Jalan Banting Dengkil (Kuala Langat, Klang, Gombak) setakat 22 Jun lepas.

Ini menjadikan jumlah kluster yang dikesan sepanjang bulan Jun setakat ini empat (4) kluster dan kesemuanya kluster pendidikan.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,017 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (23 Jun), enam (6) kluster yang masih aktif.

 

Dengan sebanyak 4,549,847 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4, 685,560 kes dan Ukraine 5,015,994 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 119,360 diikuti Amerika Syarikat 96,702 dan Perancis 79,852.

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,040,236 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 23 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 26,253 kes (96.1 peratus) dikuarantin di rumah daripada 27,318 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 18 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,009 kes (3.7 peratus) di hospital; 17 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 21 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Sebahagian para jemaah mengaminkan doa pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah Musim Haji 1443H/2022M di Kompleks Haji Sepang (Movenpick). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

18 Jun (1,390), 19 Jun (2,108), 20 Jun (2,082), 21 Jun (1,716), 22 Jun (1,550) dan 23 Jun (2,503).

* kes kumulatif sembuh sehingga 23 Jun 2022 sebanyak 4,486,787

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

18 Jun (26,362), 19 Jun (25,944), 20 Jun (25,952), 21 Jun (26,155), 22 Jun (27,026) dan 23 Jun (27,318).

 

Perincian kes harian baharu (2,796 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 23 Jun 2022

* (+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu tiga angka -- Melaka 108 (+1), Negeri Sembilan 155 (+1), Perak 120 (+3), Pulau Pinang 203 (+0), Sabah 137 (+0), Selangor 730 (+200) dan WP Kuala Lumpur 842 (+1);

Kes harian baharu dua angka -- Johor 51 (+1), Kedah 49 (+0), Kelantan 29 (+0), Pahang 30 (+0), Sarawak 70 (+0) dan WP Putrajaya 47 (+1);

Kes harian baharu satu angka -- Perlis 6 (+0), Terengganu 8 (+0) dan WP Labuan 2 (+1).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

18 Jun -- Kes baharu 2,127; Kes kumulatif 4,538,922; Kes import 0;

19 Jun -- Kes baharu 1,690; Kes kumulatif 4,540,612; Kes import 10;

20 Jun -- Kes baharu 2,093; Kes kumulatif 4,542,705; Kes import 1;

21 Jun -- Kes baharu 1,921; Kes kumulatif 4,544,626; Kes import 114;

22 Jun -- Kes baharu 2,425; Kes kumulatif 4,547,051; Kes import 8;

23 Jun -- Kes baharu 2,796; Kes kumulatif 4,549,847; Kes import 209.

 

Untuk kluster baharu COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kluster pendidikan yang dikesan pada 22 Jun 2022 di Selangor. Ini menjadikan jumlah kluster yang dikesan sepanjang bulan Jun setakat ini sebanyak empat (4) kluster dan kesemuanya kluster pendidikan.

Kluster Jalan Beringin 2 (Hulu Selangor) setakat 22 Jun melibatkan 57 kes sementara sebanyak 51 kes dikesan bagi Kluster Km 5 Jalan Banting Dengkil (Kuala Langat, Klang, Gombak) setakat 22 Jun lepas.

Dua kluster pendidikan lain yang dilaporkan oleh KKM sebelum ini untuk bulan Jun adalah Kluster Jalan Ipoh (Titiwangsa, Kepong) di WP Kuala Lumpur pada 2 Jun melibatkan 39 kes dan Kluster Hilir 3 (Kota Bharu, Kelantan) dilaporkan pada 8 Jun, melibatkan 38 kes.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,017 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (23 Jun), enam (6) kluster yang masih aktif.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

18 Jun -- Tiada kluster;

19 Jun -- Tiada kluter;

20 Jun -- Tiada kluter;

21 Jun -- Tiada kluster;

22 Jun -- Tiada kluster;

23 Jun -- 2 (pendidikan 2).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

18 Jun -- 1 (BID 0),19 Jun -- 0 (BID 0), 20 Jun -- 3 (BID 0), 21 Jun -- 2 (BID 0), 22 Jun -- 4 (BID 1) dan 23 Jun -- 1 (BID 1).

*Jumlah kes kematian sehingga 23 Jun 2022, sebanyak 35,742 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 547,386,723 (Rangkuman Minggu lalu 543,682,014) dengan 6,347,567 kematian (minggu lepas 6,339,468 kematian). Sebanyak 522,675,831 kes pesakit sembuh dilaporkan berbanding minggu lepas sebanyak 518,780,372 kes).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turkiye.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 88,566,961 (+96,702);

India 43,365,016 (+17,419);

Brazil 31,963,736 (+69,231);

Perancis 30,434,451 (+79,852);

Jerman 27,573,585 (+119,360);

United Kingdom 22,576,354 (+18,269);

Rusia 18,409,651 (+3,166);

Korea Selatan 18,305,783 (+7,442);

Itali 18,071,634 (+56,166);

Turkiye 15,085,742 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,740,595 (+740);

Indonesia di tangga 19 - 6,074,825 (+1,907);

Malaysia di tangga 25 - 4,549,847 (+2,796);

Thailand di tangga 26 - 4,507,228 (+2,299);

Filipina di tangga 35 - 3,698,509 (+716);

Singapura di tangga 52 - 1,390,558 (+6,606);

Myanmar di tangga 81 - 613,532 (+11);

Laos di tangga 111 - 210,222 (+1);

Brunei di tangga 123 - 158,524 (+tiada maklumat) dan

Kampuchea di tangga 125 - 136,262 (+tiada maklumat).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

--- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

--- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

--- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

--- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

--- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

--- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:-- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:-- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 -- Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 -- beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

 

BERNAMA

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.