COVID-19: KKM Lapor Kes Harian Baharu Lebih 4,000

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 2 Julai hingga pukul 12:00tgh 8 Julai 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.58 juta kes. Di peringkat global, lebih 558 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.36 juta kes. Lebih 531 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 negara melonjak kepada sebanyak 4,020 kes semalam (7 Julai) setelah mencatat 3,561 kes sehari sebelumnya.

Kali terakhir angka kes mencecah 4,000 adalah pada 24 April iaitu sebanyak 4,006 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sebelum ini sudah mengingatkan akan berlaku gelombang baharu COVID-19 berdasarkan peningkatan kes di negara jiran Singapura, pada Rabu lepas melaporkan peningkatan kes termasuk kategori 3, 4 dan 5 serta sub-varian Omicron BA.5 dikesan di negara ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini turut melaporkan peningkatan kes harian baharu COVID-19, kebanyakannya berpunca daripada sub-varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang semakin menjadi dominan. Sub-varian berkenaan mula dikesan merebak pada awal tahun 2022 di Afrika Selatan.

Dengan kes sebanyak 4,020, kes aktif COVID-19 dalam negara meningkat kepada 33,839 kes sementara kes kumulatif kini sebanyak 4,586,322.

Daripada 4,020 kes semalam, Selangor melaporkan kes terbanyak dengan 1,630 kes, diikuti WP Kuala Lumpur 1,049 kes.

Negeri mencatat kes tiga angka ialah Perak 295, Sabah 205, Negeri Sembilan 197, Pulau Pinang 128 dan Melaka 107, sementara kes dua angka, WP Putrajaya 90, Johor 80, Pahang 62, Kedah 60, Sarawak 57, Kelantan 21, Terengganu 20 dan WP Labuan 12.

Perlis mencatat kes satu angka, tujuh (7) kes.

 

Orang ramai mula keluar membeli barang keperluan di Pasar Besar Ipoh untuk persiapan menyambut Aidiladha pada hari Ahad ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (2 Julai hingga 7 Julai 2022):-

2 Julai (2,527), 3 Julai (2,536), 4 Julai (1,918), 5 Julai (2,932), 6 Julai (3,561) dan 7 Julai (4,020).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (25 Jun hingga 1 Julai 2022):-

25 Jun (2,303), 26 Jun (2,003), 27 Jun (1,894), 28 Jun (2,025), 29 Jun (2,605), 30 Jun (2,867) dan 1 Julai (2,773).

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

2 Julai (7,952), 3 Julai (6,127), 4 Julai (5,946), 5 Julai (12,784), 6 Julai (9,989) dan 7 Julai (9,985).

 

Ibadah korban pada tahun ini dilihat bakal dilaksanakan secara besar-besaran ekoran peraliharan ke fasa endemik yang berkuatkuasa pada masa ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 1,718 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 7 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,516,688 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM mengesan tiga (3) kluster baharu pada 2 Julai (1 kumpulan berisiko tinggi, 1 pendidikan dan 1 tempat kerja) dan satu (1) kluster baharu pada 5 Julai (1 kumpulan berisiko tinggi).

Secara keseluruhannya, KKM setakat ini mengesan sebanyak 7,024 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 7 Julai, 11 kluster yang masih aktif.

Dengan sebanyak 4,586,322 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,761,730 kes dan Ukraine 5,018,019 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis melaporkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi sebanyak 161,265 diikuti Itali 107,240 dan Amerika Syarikat 91,472 kes.

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,045,080 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 7 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 32,617 kes (96.4 peratus) dikuarantin di rumah daripada 33,839 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 21 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,156 kes (3.4 peratus) di hospital; 22 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 23 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Aliran trafik di beberapa lebuhraya dari Kuala Lumpur dijangka sesak dengan pertambahan kenderaan dari semasa ke semasa berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing bagi menyambut Aidiladha. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

2 Julai (2,359), 3 Julai (3,123), 4 Julai (2,321), 5 Julai (2,292), 6 Julai (2,035) dan 7 Julai (1,718).

*kes kumulatif sembuh sehingga 7 Julai 2022 sebanyak 4,516,688.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

2 Julai (30,385), 3 Julai (29,793), 4 Julai (29,382), 5 Julai (30,019), 6 Julai (31,540) dan 7 Julai (33,839).

 

Perincian kes harian baharu (4,020 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 7 Julai 2022

* (+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,630 (+0) dan WP Kuala Lumpur 1,048 (+1);

Kes harian baharu tiga angka - Perak 293 (+2), Sabah 205 (+0), Negeri Sembilan 196 (+1), Pulau Pinang 128 (+0) dan Melaka 104 (+3);

Kes harian baharu dua angka - WP Putrajaya 90 (+0), Johor 78 (+2), Pahang 62 (+0), Kedah 60 (+0), Sarawak 57 (+0), Kelantan 21 (+0), Terengganu 20 (+0) dan WP Labuan 12 (+0).

Kes harian baharu satu angka - Perlis 7 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

2 Julai - Kes baharu 2,527; Kes kumulatif 4,571,355; Kes import 4;

3 Julai - Kes baharu 2,536; Kes kumulatif 4,573,891; Kes import 3;

4 Julai - Kes baharu 1,918; Kes kumulatif 4,575,809; Kes import 2;

5 Julai - Kes baharu 2,932; Kes kumulatif 4,578,741; Kes import 2;

6 Julai - Kes baharu 3,561; Kes kumulatif 4,582,302; Kes import 9;

7 Julai - Kes baharu 4,020; Kes kumulatif 4,586,322; Kes import 9.

 

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama (2 Julai hingga 7 Julai 2022), KKM mengesan tiga (3) kluster baharu pada 2 Julai (1 kumpulan berisiko tinggi, 1 pendidikan dan 1 tempat kerja) dan satu (1) kluster baharu pada 5 Julai (1 kumpulan berisiko tinggi).

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

2 Julai - Kluster Jalan Sentul (kumpulan berisiko tinggi) di Kepong (Kuala Lumpur) dan setakat 2 Julai, 34 kes; Kluster Jalan Simpang Pulai Lahat (pendidikan) di Kinta, Perak, melibatkan 10 kes setakat 2 Julai; Kluster Jalan Bercham Nova (tempat kerja) di Kinta, Perak, dan setakat 2 Julai, 23 kes dikesan.

5 Julai - Kluster Lima Jalan Yaacob Latif (kumpulan berisiko tinggi), melibatkan daerah Cheras (Kuala Lumpur), Seremban (Negeri Sembilan) dan Gombak (Selangor). Setakat 5 Julai, sebanyak 13 kes dikesan.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,024 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (7 Julai), 11 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

2 Julai - 3 (tempat kerja 1, pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

3 Julai - tiada kluster;

4 Julai - tiada kluster;

5 Julai - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1);

6 Julai - tiada kluster;

7 Julai - tiada kluster.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

2 Julai -0 (BID 0), 3 Julai - 5 (BID 0), 4 Julai - 8 (BID 0), 5 Julai - 3 (BID 1), 6 Julai - 5 (BID 2) dan 7 Julai - 3 (BID 2).

*Jumlah kes kematian sehingga 7 Julai 2022, sebanyak 35,795 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 558,531,927 minggu lepas 553,566,290) dengan 6,368,901 kematian (minggu lepas 6,349,418 kematian). Sebanyak 532,036,413 kes sembuh berbanding 528,344,169 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 90,065,165 (+91,472);

India 43,587,302 (+18,418);

Brazil 32,761,045 (+73,365);

Perancis 31,974,607 (+161,265);

Jerman 28,808,614 (+tiada maklumat);

United Kingdom 22,883,995 (+tiada maklumat);

Itali 19,157,174 (+107,240);

Korea Selatan 18,451,862 (+18,503);

Rusia 18,451,810 (+3,359);

Turkiye 15,180,444 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,752,140 (+913);

Indonesia di tangga 20 - 6,103,552 (+2,881);

Malaysia di tangga 25 - 4,586,322 (+4,020);

Thailand di tangga 26 - 4,538,811 (+2,366);

Filipina di tangga 37 - 3,713,131 (+1,936);

Singapura di tangga 51 - 1,505,938 (+9,985);

Myanmar di tangga 83 - 613,695 (+12);

Laos di tangga 111 - 210,341 (+10);

Brunei di tangga 118 - 169,848 (+1,088) dan

Kampuchea di tangga 125 - 136,314 (+6).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan

 kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 

© 2024 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.