COVID-19: Kes Harian Baharu Masih Meningkat

<
span style="font-family:Arial,Helvetica,sans-serif">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 9 Julai hingga pukul 12:00tgh 15 Julai 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.60 juta kes. Di peringkat global, lebih 565 juta kesdilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.38 juta kes. Lebih 536 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 4,098 lagi kes COVID-19 dilaporkan semalam (14 Julai) termasuk lima (5) kes import dengan WP Kuala Lumpur mencatat kes tertinggi 1,485 kes, diikuti Selangor 1,069 kes.

Ini menjadikan kes aktif meningkat kepada 38,913sementara kes kumulatif sebanyak 4,608,768.

Angka kes harian baharu COVID-19 di negara ini dijangka terus meningkat dengan kemunculan gelombang baharu dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesan kes melibatkan sub-varian Omicron BA.5 yang mudah merebak. 

Malahan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika memberi taklimat media mingguan WHO di Geneva, Switzerland, Selasa lepas berkata, “gelombang baharu virus COVID-19 menunjukkan pandemik ini masih jauh untuk ditamatkan.”

Menurut beliau, sub-varian Omicron, seperti BA.4 dan BA.5, terus menjadi penyebab kepada gelombang baharu, kemasukan ke hospital dan malahan kematian di seluruh dunia.

“Virus COVID-19 ini bebas merebak dan ada negara yang tidak berjaya menguruskan penularan penyakit ini berdasarkan kemampuan mereka, dari sudut kemasukan ke hospital untuk kes kritikal dan semkin ramai yang menghidap Long COVID,” katanya.

Sub-varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang semakin menjadi dominan mula dikesan merebak di Afrika Selatan pada awal tahun 2022. 

 

Suasana solat sunat Aidiladha yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan yang dipenuhi dengan jemaah dan saf dirapatkan selaras dengan peralihan negara ke dalam fasa endemik.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (9 Julai hingga 14 Julai 2022):-

9 Julai (2,799), 10 Julai (3,264), 11 Julai (2,417), 12 Julai (2,345), 13 Julai (3,934) dan 14 Julai (4,098).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (2 Julai hingga 8 Julai 2022):-

2 Julai (2,527), 3 Julai (2,536), 4 Julai (1,918), 5 Julai (2,932), 6 Julai (3,561), 7 Julai (4,020) dan 8 Julai (3,589).

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

9 Julai (8,659), 10 Julai (6,423), 11 Julai (4,495), 12 Julai (5,979), 13 Julai (16,870) dan 14 Julai (11,772).

 

Sementara itu, sebanyak 2,071 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 14 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,534,019 kes.

Sebanyak lapan (8) lagi kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara setakat ini sebanyak 35,836.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan hanya satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ipoh Lumut (pendidikan) pada 9 Julai, melibatkan 77 kes positif COVID-19. Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah, Perak.

Secara keseluruhannya, KKM setakat ini mengesan sebanyak 7,026 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 14 Julai, 12 kluster yang masih aktif.

 

Orang ramai mengambil peluang cuti umum Hari Raya Aidiladha bersama keluarga masing-masing berkelah di Taman Rimba Teluk Bahang, George Town. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan sebanyak 4,608,768 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,769,900 kes dan Ukraine 5,019,125 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Perancis melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 119,285 diikuti Itali (107,122) dan Amerika Syarikat (95,400).

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,048,232 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 14 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 37,495 kes (96.4 peratus) dikuarantin di rumah daripada 38,913 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 26 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,339 kes (3.4 peratus) di hospital; 18 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 35 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Pengunjung tidak melepaskan peluang bersama keluarga untuk beriadah sempena cuti umum Aidiladha di Taman Burung Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

9 Julai (2,666), 10 Julai (2,703), 11 Julai (2,536), 12 Julai (2,384), 13 Julai (2,747) dan 14 Julai (2,071).

*kes kumulatif sembuh sehingga 14 Julai 2022 sebanyak 4,534,019.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

9 Julai (35,323), 10 Julai (35,882), 11 Julai (35,758), 12 Julai (35,716), 13 Julai (36,894) dan 14 Julai (38,913).

 

Perincian kes harian baharu (4,098) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 14 Julai 2022

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - WPKL 1,485 (+0) dan Selangor 1,069 (+0);

Tiga angka - Negeri Sembilan 276 (+0), Perak 274 (+0), Sabah 181 (+0), Pulau Pinang 160 (+0) dan Melaka 138 (+4);

Dua angka - Kedah 99 (+0), WP Putrajaya 95 (+0), Johor 93 (+1), Pahang 80 (+0), Kelantan 56 (+0), Sarawak 43 (+0), Terengganu 24 (+0) dan Perlis (11);

Satu angka - WP Labuan 9 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

9 Julai - Kes baharu 2,799; Kes kumulatif 4,592,710; Kes import 2;

10 Julai - Kes baharu 3,264; Kes kumulatif 4,595,974; Kes import 5;

11 Julai - Kes baharu 2,427; Kes kumulatif 4,598,391; Kes import 4;

12 Julai - Kes baharu 2,345; Kes kumulatif 4,600,736; Kes import 3;

13 Julai - Kes baharu 3,934; Kes kumulatif 4,604,670; Kes import 7;

14 Julai - Kes baharu 4,098; Kes kumulatif 4,608,768; Kes import 5.

 

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya terdapatsatu (1) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ipoh Lumut (pendidikan) pada 9 Julai, melibatkan 77 kes positif COVID-19. Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah, Perak.

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

Warga asing beriadah dan bergambar di hadapan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada hari cuti umum sempena Hari Raya Aidiladha. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

9 Julai - 1 (Pendidikan1);

Kluster Jalan ipoh Lumut, Perak Tengah (Perak); 77 kes positif;

10 Julai - tiada kluster;

11 Julai - tiada kuster;

12 Julai - tiada kluster;

13 Julai - tiada kluster;

14 Julai - tiada kluster.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,026 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (14 Julai), 12 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

9 Julai - 8 (BID 0), 10 Julai - 2 (BID 0),11 Julai - 5 (BID 2), 12 Julai - 3 (BID 1), 13 Julai - 9 (BID 2) dan 14 Julai - 8 (BID 2). 

*Jumlah kes kematian sehingga 14 Julai 2022, sebanyak 35,836 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 565,319,719 berbanding 559,664,296 minggu lepas dengan 6,382,249 kematian (minggu lepas 6,371,439 kematian). Sebanyak 536,873,729 kes dilaporkan (Minggu lepas sebanyak 532,694,610 kes sembuh).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 91,060,225 (+95,400);

India 43,704,925 (+14,936);

Brazil 33,142,158 (+65,379);

Perancis 32,142,158 (+119,285);

Jerman 29,460,249 (+tiada maklumat);

United Kingdom 23,075,360 (+tiada maklumat);

Itali 19,887,543 (+107,122);

Korea Selatan 18,641,278 (+39,169);

Rusia 18,476,477 (+4,238);

Turkiye 15,297,539 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,758,189 (+932);

Indonesia di tangga 20 - 6,123,753 (+3,584);

Malaysia di tangga 25 - 4,608,768 (+4,098);

Thailand di tangga 27 - 4,553,181 (+2,257);

Filipina di tangga 37 - 3,725,382 (+2,371);

Singapura di tangga 51 - 1,569,420 (+11,772);

Myanmar di tangga 83 - 613,784 (+11);

Laos di tangga 111 - 210,433 (+32);

Brunei di tangga 118 - 179,759 (+1,492);

Kampuchea di tangga 125 - 136,407 (+17).

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

BERNAMA

© 2024 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.