COVID-19: Kes Harian Baharu 5,230 Tertinggi Minggu Ini

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan TERKINI Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 9 Julai hingga pukul 11:59mlm 15 Julai 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.61 juta kes. Di peringkat global, lebih 566 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.38 juta kes. Lebih 537 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Angka kes harian baharu COVID-19 semalam (15 Julai) mencecah 5,230 yang tertinggi sepanjang tempoh seminggu ini (9 Julai - 15 Julai).

Kali terakhir angka kes lima ribu dilaporkan ialah pada 23 April 2022 iaitu sebanyak 5,624 kes.

Secara keseluruhannya, sebanyak 24,087 kes harian baharu direkod sepanjang seminggu ini berbanding 21,083 kes pada minggu sebelumnya (2 Julai - 8 Julai).

Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 1,877 kes diikuti WP Kuala Lumpur 1,584 kes.

Negeri mencatat kes tiga angka iaitu Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236), Pulau Pinang (219), Melaka (140), Johor (107) dan WP Putrajaya (102).

Negeri lain mencatat kes dua angka iaitu Kedah (76), Pahang (70), Sarawak (68), Kelantan (48), Terengganu (23) dan WP Labuan (12). Perlis mencatat lapan (8) kes.

Dengan 5,230 kes dilaporkan semalam, kes aktif COVID-19 dalam negara meningkat kepada 41,208 kes sementara kes kumulatif sebanyak 4,613,998 kes.

Peningkatan kes sudah dijangkakan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan turut mengesan kes melibatkan sub-varian Omicron BA.5 yang mudah merebak. 

Malahan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika memberi taklimat media mingguan WHO di Geneva, Switzerland, Selasa lepas berkata, “ gelombang baharu virus COVID-19 menunjukkan pandemik ini masih jauh untuk ditamatkan.”

Menurut beliau, sub-varian Omicron, seperti BA.4 dan BA.5, terus menjadi penyebab kepada gelombang baharu, kemasukan ke hospital dan malahan kematian di seluruh dunia.

Sub-varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang semakin menjadi dominan mula dikesan merebak di Afrika Selatan pada awal tahun 2022. 

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 9 Julai hingga 15 Julai 2022:-

Jumlah Kes Harian Berbanding Kes Sembuh Wabak COVID-19 di Malaysia. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

9 Julai (2,799), 10 Julai (3,264), 11 Julai (2,417), 12 Julai (2,345), 13 Julai (3,934), 14 Julai (4,098) dan 15 Julai (5,230).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 2 Julai hingga 8 Julai 2022:-

2 Julai (2,527), 3 Julai (2,536), 4 Julai (1,918), 5 Julai (2,932), 6 Julai (3,561), 7 Julai (4,020) dan 8 Julai (3,589).

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

9 Julai (8,659), 10 Julai (6,423), 11 Julai(4,495), 12 Julai (5,979), 13 Julai (16,870), 14 Julai (11,772) dan 15 Julai (10,526).

 

Sementara itu, sebanyak 2,927 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 15 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,536,946 kes.

Sebanyak lapan (8) lagi kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara setakat ini sebanyak 35,844.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan hanya satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ipoh Lumut (pendidikan) pada 9 Julai, melibatkan 77 kes positif COVID-19. Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah, Perak.

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,026kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 15 Julai, 12 kluster yang masih aktif.

 

Dengan sebanyak 4,613,998 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 25daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) 4,770,400 kes dan Ukraine 5,020,181 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Brazil merekod kes harian tertinggi sebanyak 107,959 diikuti oleh Itali (96,384) dan Amerika Syarikat (94,037).

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,048,693 kes.

 

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 15 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 39,703 kes (96.3 peratus) dikuarantin di rumah daripada 41,208 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 30 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,411 kes (3.4 peratus) di hospital; 20 kes(0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 44 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Kes sembuh:-

9 Julai (2,666), 10 Julai (2,703),11 Julai (2,536), 12 Julai (2,384), 13 Julai (2,747), 14 Julai (2,071) dan 15 Julai (2,927).

* kes kumulatif sembuh sehingga 15 Julai 2022 sebanyak 4,536,946.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

9 Julai (35,323), 10 Julai (35,882), 11 Julai (35,758), 12 Julai (35,716), 13 Julai (36,894), 14 Julai (38,913) dan 15 Julai (41,208).

 

Perincian kes harian baharu (5,230) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 15 Julai 2022

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - Selangor 1,877 (+0) dan WP Kuala Lumpur 1,584 (+0).

Tiga angka - Perak 396 (+3), Sabah 260 (+1), Negeri Sembilan 235 (+1), Pulau Pinang 219 (+0), Melaka 139 (+1), Johor 106 (+1) dan WP Putrajaya 102 (+0).

Dua angka - Kedah 76 (+0), Pahang 70 (+0), Sarawak 64 (+4), Kelantan 48 (+0), Terengganu 23 (+0), dan WP Labuan 12 (+0).

Satu angka - Perlis 8 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

9 Julai - Kes baharu 2,799; Kes kumulatif 4,592,710; Kes import 2;

10 Julai - Kes baharu 3,264; Kes kumulatif 4,595,974; Kes import 5;

11 Julai - Kes baharu 2,427; Kes kumulatif 4,598,391; Kes import 4;

12 Julai - Kes baharu 2,345; Kes kumulatif 4,600,736; Kes import 3;

13 Julai - Kes baharu 3,934; Kes kumulatif 4,604,670; Kes import 7;

14 Julai - Kes baharu 4,098; Kes kumulatif 4,608,768; Kes import 5;

15 Julai - Kes baharu 5,230; Kes kumulatif 4,613,998; Kes import 11.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

Rangkuman kluster pendidikan di Malaysia sepanjang 2 minggu (2 - 15 Julai 2022). Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

9 Julai - 1 (Pendidikan1)

Kluster Jalan ipoh Lumut, Perak Tengah (Perak); 77 kes positif;

10 Julai - tiada kluster

11 Julai - tiada kuster

12 Julai - tiada kluster

13 Julai - tiada kluster

14 Julai - tiada kluster

15 Julai - tiada kluster

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,026 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (15 Julai), 12 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

9 Julai - 8 (BID 0), 10 Julai - 2 (BID 0), 11 Julai - 5 (BID 2), 12 Julai - 3 (BID 1), 13 Julai - 9 (BID 2), 14 Julai - 8 (BID 2) dan 15 Julai - 8 (BID 1). 

*Jumlah kes kematian sehingga 15 Julai 2022, sebanyak 35,844 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 566,317,183 berbanding 559,664,296 minggu lepas dengan 6,385,778 kematian (minggu lepas 6,371,439 kematian). Sebanyak 537,645,427 kesdilaporkan (Minggu lepas sebanyak 532,694,610 kes sembuh).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 91,170,571 (+94,037);

India 43,725,900 (+15,873);

Brazil 33,250,117 (+107,959);

Perancis 32,818,901 (+23,027);

Jerman 29,569,943 (+tiada maklumat);

United Kingdom 23,075,360 (+tiada maklumat);

Itali 19,985,479 (+96,384);

Korea Selatan 18,680,142 (+38,864);

Rusia 18,480,934 (+4,457);

Turkiye 15,297,539 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,759,145 (+956);

Indonesia di tangga 20 - 6,127,084 (+3,331);

Malaysia di tangga 25 - 4,613,998 (+5,230);

Thailand di tangga 27 - 4,554,976 (+1,795);

Filipina di tangga 37 - 3,727,970 (+2,588);

Singapura di tangga 50 - 1,579,946 (+10,526);

Myanmar di tangga 83 - 613,798 (+14);

Laos di tangga 111 - 210,462 (+29);

Brunei di tangga 118 - 181,256 (+1,497);

Kampuchea di tangga 125 - 136,421 (+14).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

BERNAMA

 

 

 

© 2024 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.