COVID-19: Lebih 26,000 Kes Dikesan Untuk Tempoh Enam Hari Lepas

<
span style="font-size:14px">Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), WP Kuala Lumpur mencatat kes harian tertinggi semalam sebanyak 1,408 kes, diikuti Selangor 1,399 kes,

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menguatkuasakan semula Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), khususnya kepada individu yang tidak memakai pelitup muka di kawasan tertutup sekiranya jangkitan COVID-19 meningkat dengan mendadak.
 --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tujuh (7) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Perak (360), Negeri Sembilan (285), Sabah (267), Pulau Pinang (237), Johor 128 (+2), Kedah (109) dan Melaka (100).

Negeri lain mencatat kes dua angka iaitu WP Putrajaya (65), Sarawak (64), Kelantan (57), Pahang (41), Terengganu (35), WP Labuan (17) dan Perlis (13).

Sepanjang Julai 2022 setakat ini, terdapat tiga (3) kali kes harian baharu COVID-19 melepasi angka 5,000 iaitu pada 15 Julai (5,230), 16 Julai (5,047) dan 20 Julai (5,685).

Kali terakhir angka kes lima ribu dilaporkan ialah pada 23 April 2022 iaitu sebanyak 5,624 kes.

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 16 Julai hingga 21 Julai 2022:-

16 Julai (5,047), 17 Julai (3,936), 18 Julai (3,080), 19 Julai (3,902), 20 Julai (5,685) dan 21 Julai (4,587).

Rekod kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 9 Julai hingga 15 Julai 2022:-

9 Julai (2,799), 10 Julai (3,264), 11 Julai (2,417), 12 Julai (2,345), 13 Julai (3,934), 14 Julai (4,098) dan 15 Julai (5,230).

Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

16 Julai (9,153), 17 Julai (6,947), 18 Julai (6,227), 19 Julai (13,794), 20 Julai (10,295) dan 21 Julai (9,749).

 

Sebahagian pengunjung mengisi masa lapang bersiar-siar di tempat tumpuan pelancong di Taman Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, sebanyak 2,652 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 21 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,556,938 kes.

Sebanyak 10 lagi kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes kematian sejak pandemik COVID-19 melanda negara setakat ini sebanyak 35,888.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan tiga (3) kluster baharu iaitu dua (2) di Selangor (19 Julai) dan satu (1) di WP Kuala Lumpur (21 Julai).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,029 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat 21 Julai, 14 kluster yang masih aktif.

 

Jelajah AKM Kelantan selama tiga hari 22 Julai di Stadium Sultan Muhammad IV bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha memantapkan pendigitalan negara. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan sebanyak 4,640,235 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/ wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,658,125) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,290 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 135,239 diikuti oleh Amerika Syarikat 100,711 kes.

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,051,235 kes.

Sementara itu, di samping sub-varian Omicron BA.5 yang dilaporkan mudah merebak, satu lagi sub varian Omicron yang mencetuskan kebimbangan ialah BA.2.75 yang digelar ‘Centaurus’ dan setakat ini dikesan di 10 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Kanada.

‘Centaurus’ mula dikesan di India pada awal Mei 2022. Pusat Eropah untuk Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ECDC) menggolongkan ‘Centaurus’ sebagai “varian di bawah pengawalan” sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga dilaporkan sedang memantau varian baharu itu.

Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 21 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 45,856 kes (96.7 peratus) dikuarantin di rumah daripada 47,409 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 39 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,451 kes (3.1 peratus) di hospital; 31 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 32 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

 

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Setiap jemaah haji melalui saringan suhu badan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kes sembuh:-

16 Julai (3,770), 17 Julai (3,899), 18 Julai (3,399), 19 Julai (2,935), 20 Julai (3,337) dan 21 Julai (2,652).

* kes kumulatif sembuh sehingga 21 Julai 2022 sebanyak 4,556,938.

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

16 Julai (42,481), 17 Julai (42,511), 18 Julai (42,185), 19 Julai (43,144), 20 Julai (45,484) dan 21 Julai (47,409).

 

Perincian kes harian baharu (4,587) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 21 Julai 2022

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Empat angka - WP Kuala Lumpur 1,408 (+0) dan Selangor 1,399 (+0).

Tiga angka - Perak 358 (+2), Negeri Sembilan 282 (+3), Sabah 267 (+0), Pulau Pinang 237 (+0), Johor 128 (+2), Kedah 109 (+0) dan Melaka 99 (1).

Dua angka - WP Putrajaya 65 (+0), Sarawak 64 (+0), Kelantan 57 (+0), Pahang 39 (+2), Terengganu 34 (+1), WP Labuan 17 (+0) dan Perlis 13 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

16 Julai - Kes baharu 5,047; Kes kumulatif 4,619,045; Kes import 3;

17 Julai - Kes baharu 3,936; Kes kumulatif 4,622,981; Kes import 1;

18 Julai - Kes baharu 3,080; Kes kumulatif 4,626,061; Kes import 1;

19 Julai - Kes baharu 3,902; Kes kumulatif 4,629,963; Kes import 4;

20 Julai - Kes baharu 5,685; Kes kumulatif 4,635,648; Kes import 2;

21 Julai - Kes baharu 4,587; Kes kumulatif 4,640,235; Kes import 11.

 

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

16 Julai - tiada kluster;

17Julai - tiada kluster;

18 Julai - tiada kuster;

19 Julai - 2 (kumpulan berisiko tinggi 1 dan pendidikan 1);

• Kumpulan Berisiko Tinggi (Kluster Lorong Haji Mughni 2, Klang, Selangor), 24 kes positif

• Pendidikan (Kluster Jalan 17/19, Petaling, Selangor), 5 kes positif

20 Julai - tiada kluster;

21 Julai - 1 (pendidikan 1);

• Pendidikan (Kluster Jalan Yahya 6, Titiwangsa, WP Kuala Lumpur), 20 kes positif

 

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,029 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (21 Julai), 14 kluster yang masih aktif.

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

16 Julai - 4 (BID 1), 17 Julai - 7 (BID 1), 18 Julai - 7 (BID 3), 19 Julai - 8 (BID 1), 20 Julai - 8 (BID 5) dan 21 Julai - 10 (BID 5). 

*Jumlah kes kematian sehingga 21 Julai 2022, sebanyak 35,888 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 572,508,191 kes berbanding 566,317,183 kes pada minggu lepas dengan 6,398,234 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,385,778 kematian. Sebanyak 542,618,431 kes dilaporkan sembuh bebandig 537,645,427 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. 

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 91,942,744 (+100,711);

India 43,842,235 (+17,050);

Brazil 33,506,282 (+51,988);

Perancis 33,339,350 (+80,869);

Jerman 30,131,303 (+tiada maklumat);

United Kingdom 23,212,565 (+tiada maklumat);

Itali 20,467,349 (+80,653);

Korea Selatan 19,009,080 (+71,109);

Rusia 18,511,120 (+6,391);

Turkiye 15,524,071 (+tiada maklumat).

 

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19. 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,764,986 (+1,292);

Indonesia di tangga 20 - 6,154,494 (+5,410);

Malaysia di tangga 25 - 4,640,235 (+4,587);

Thailand di tangga 27 - 4,568,461 (+2,607);

Filipina di tangga 38 - 3,741,987 (+2,828);

Singapura di tangga 49 - 1,636,109 (+9,749);

Myanmar di tangga 83 - 613,887 (+16);

Laos di tangga 111 - 210,676 (+38);

Brunei di tangga 115 - 191,774 (+1,871);

Kampuchea di tangga 125 - 136,532 (+20).

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020. 

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19. 

 

BERNAMA 

 

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.