EKONOMI

TAKAFUL IKHLAS TAWAR PERLINDUNGAN KEMALANGAN DIRI SEHINGGA RM30,000 UNTUK PEKERJA E-HAILING

04/07/2024 08:17 AM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Takaful IKHLAS, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB) memperkenalkan empat produk takaful kemalangan diri terbaharu termasuk IKHLAS Bekerja Personal Accident Takaful bagi pekerja harian seperti pemandu, penghantar dan pekerja e-hailing. 

Empat produk takaful kemalangan diri terbaharu tersebut adalah IKHLAS Membantu Personal Accident Takaful, IKHLAS Melindungi Personal Accident Takaful, IKHLAS Bekerja Personal Accident Takaful dan IKHLAS Merawat Personal Accident Takaful. 

Di bawah IKHLAS Bekerja Personal Accident Takaful, pekerja harian seperti pemandu, penghantar dan pekerja e-hailing boleh mendapatkan amaun perlindungan sehingga RM30,000 serta manfaat elaun hospital harian sebanyak RM100 sehari. 

Manakala IKHLAS Melindungi Personal Accident Takaful menyediakan jumlah perlindungan sehingga RM75,000 dan disertakan dengan manfaat elaun kesulitan akibat ragut dan rompakan sehingga RM1,500 kepada peserta.

IKHLAS Merawat Personal Accident Takaful pula menyediakan perbelanjaan perubatan sehingga RM2,000 setahun dan IKHLAS Membantu Personal Accident Takaful menyediakan jumlah perlindungan sehingga RM100,000. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Ikhlas General Bhd Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata fokus utama memperkenalkan produk baru berkenaan adalah untuk menyediakan pelan perlindungan yang dapat meningkatkan daya tahan kewangan khususnya golongan berpendapatan rendah. 

Beliau berkata produk tersebut juga diperkenalkan untuk segmen masyarakat yang kurang mendapat pendedahan berkaitan perlindungan kewangan daripada kemalangan.

“Harapan kami supaya masyarakat akan lebih peka mengenai kepentingan dan keperluan takaful PA kerana selain memberikan perlindungan kewangan, ia juga memberikan ketenangan fikiran kepada peserta dan keluarga dalam menghadapi kesukaran sekiranya berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Produk takaful kemalangan diri tersebut menyediakan perlindungan kewangan sepanjang tahun sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan, dilengkapi ciri-ciri bersesuaian mengikut keperluan individu berumur 18 tahun sehingga 80 tahun dan disediakan pada harga mampu milik serendah RM56.52 setahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk berkenaan, layari laman sesawang rasmi Takaful IKHLAS iaitu www.takaful-ikhlas.com.my.

Individu yang berminat boleh terus melanggan dengan mudah secara atas talian melalui platform GO Direct pada pautan terus bagi IKHLAS Membantu Personal Accident Takaful: https://go.takaful-ikhlas.com.my/direct/pa/membantu; IKHLAS Melindungi Personal Accident Takaful: https://go.takaful-ikhlas.com.my/direct/pa/melindungi

Selain itu, lain-lain produk ditawarkan adalah IKHLAS Bekerja Personal Accident Takaful: https://go.takaful-ikhlas.com.my/direct/pa/bekerja; dan IKHLAS Merawat Personal Accident Takaful: https://go.takaful-ikhlas.com.my/direct/pa/merawat.

--BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan