DUNIA

PARTI BURUH BRITAIN DIJANGKA MENANG DALAM PILIHAN RAYA

05/07/2024 08:03 AM

LONDON, 5 Julai (Bernama-Anadolu) -- Parti Buruh Britain dijangka memperoleh majoriti besar di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu memetik tinjauan yang disediakan IPSOS UK pada Khamis.

Sesi pengundian itu berakhir pada 10 malam (2100 GMT) waktu tempatan dan pengiraan kertas undi akan berlangsung sepanjang malam.

Keputusan rasmi akan diumumkan setelah pengiraan selesai di semua kawasan di England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Jutaan pengundi di seluruh United Kingdom telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) di Dewan Rakyat.

Parti Konservatif telah memerintah negara itu sejak 2010.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan