AM

ENAM RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DI PERLIS

17/09/2024 08:36 AM

KANGAR, 16 Sept (Bernama) -- Enam rumah rosak apabila bumbung tercabut akibat ribut di beberapa kawasan di Perlis, kira-kira 5 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata berdasarkan rekod pihaknya setakat 9.10 malam ini, kawasan terjejas melibatkan Kariah Beseri Sungai Paya, Kota Kayang, Wang Besar, Padang Melangit, Abi dan Tok Kaya.

"Rumah mengalami kerosakan kecil akan diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis manakala kerosakan teruk akan dirujuk JKM untuk diberi bantuan oleh MAIPs.

“Isu di luar garis panduan sedia ada JKM juga akan dirujuk kepada MAIPs," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Nazim meminta orang ramai segera membuat laporan polis dan memaklumkan kepada pemimpin masyarakat serta pihak JKM bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan keperluan kepada mangsa terlibat.       

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan