DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI SEIRING PRESTASI PASARAN TUNAI

20/09/2024 07:02 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 melonjak 10.0 mata kepada 1,674.0, Oktober 2024 dan March 2025 meningkat 9.5 mata masing-masing kepada 1,676.0 dan 1,667.0, manakala Disember 2024 berkembang 8.5 mata kepada 1,680.0. 

Jumlah dagangan menokok kepada 11,590 lot daripada 7,358 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 57,254 kontrak daripada 50,741 kontrak semalam.  

FBM KLCI meningkat 3.17 mata atau 0.19 peratus kepada 1,668.82 daripada paras penutup 1,665.65 pada Khamis.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan