DUNIA

CICAK DI LITAR SEBABKAN LATIHAN AKHIR GP SINGAPURA DITANGGUHKAN

21/09/2024 08:18 PM

MUNICH, 21 Sept (Bernama-dpa) -- Latihan akhir bagi Grand Prix Formula Satu Singapura ditangguhkan selama beberapa minit pada Sabtu akibat seekor cicak di litar jalanan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pemandu-pemandu duduk sambil ketawa di dalam kereta masing-masing di garaj ketika pegawai-pegawai bertugas menguruskan reptilia yang melintasi litar itu. 

Sesi latihan di Singapura itu dimulakan semula selepas penangguhan. Sesi kelayakan untuk perlumbaan pada Ahad akan berlangsung lewat Sabtu ini.

Pencabar kejuaraan, Lando Norris, yang berusaha menewaskan juara dunia dan pendahulu kedudukan Max Verstappen, mencatat masa terpantas dalam latihan kedua pada Jumaat, selepas Charles Leclerc mengungguli sesi pertama.

-- BERNAMA-dpa

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan