AM > BERITA

BOMBA SELAMATKAN PASANGAN PELANCONG ASING TERPERANGKAP DALAM GUA

20/06/2024 05:25 PM

IPOH, 20 Jun (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan sepasang pelancong warga asing yang terperangkap di dalam Gua Tokong Sam Poh Tong, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.26 petang daripada seorang mangsa yang terperangkap.

“Lelaki warga China dan wanita warga Korea Selatan itu dijumpai dalam keadaan selamat di gua dan mereka didapati terperangkap kerana pintu utama gua telah tertutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi menyelamat hanya mengambil masa kira-kira 30 minit dan pintu gua berkenaan telah dibuka semula oleh pengawal keselamatan,” katanya.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan