AM > BERITA

PM LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK

22/06/2024 09:03 PM

KUCHING, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri di sini.

Perdana Menteri, yang tiba pada 6.30 petang, mengadakan pertemuan dengan Wan Junaidi selama kira-kira 40 minit.

Beliau juga dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Gawai Dayak peringkat negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. 

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata kunjungan hormat itu adalah pertemuan rasmi pertama antara mereka sejak Wan Junaidi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Januari lepas.

“Dalam pertemuan ini, kami berbicara seputar perkembangan terkini negara serta aspek pembangunan di Sarawak, selain isu-isu semasa terkait hal ehwal kebajikan rakyat,” katanya.

Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan