AM > BERITA

TIADA KEPERLUAN WISMA PUTRA TUBUH JAWATANKUASA KESAN RAKYAT HILANG DI LUAR NEGARA

23/06/2024 04:31 PM

JASIN, 23 Jun (Bernama) -- Tiada keperluan bagi Wisma Putra untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengesan rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di luar negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Beliau berkata keputusan tersebut berdasarkan Malaysia mempunyai kedutaan atau Pesuruhjaya Tinggi di hampir semua negara, malah terdapat 111 perwakilan atau cawangan, dan ini membolehkan sebarang bentuk bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan, termasuk kes kehilangan ahli keluarga di luar negara. 

“Kita tak perlu tubuhkan jawatankuasa tersebut kerana jumlah rakyat yang hilang itu tak ramai pun. Bagaimanapun, kita sentiasa mengalu-alukan rakyat negara ini yang memerlukan bantuan daripada kedutaan Malaysia di luar negara. 

“Mereka (yang perlukan bantuan) boleh berhubung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan maklumat serta bantuan, dan kita akan uruskan supaya dapat mengarahkan atau minta bantuan kedutaan kita.

“Tapi kadang-kadang mereka itu sendiri (yang hilang) tidak mahu orang tahu di mana mereka berada, jadi susah sikitlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan