AM > BERITA

PELAJAR UITM MAUT, MOTOSIKAL LANGGAR KERETA DI JENGKA

24/06/2024 02:32 PM

KUANTAN, 24 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta di simpang Jalan Balora Mastika, Jengka sekat sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata dalam kemalangan kira-kira 9.15 malam itu, Ahmad Imran Aiman Md Mubin, 23, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R250 sedang dalam perjalanan dari UiTM Jengka menghala ke kawasan bandar.

"Siasatan awal mendapati ketika mangsa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Nissan Sylphy telah keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kanan sebelum dilanggar motosikal pelajar berkenaan yang sedang bergerak lurus," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu wanita berusia 64 tahun dan anak perempuannya berusia 24 tahun yang mengalami kecederaan dirawat di Hospital Jengka.

Mohamad Zamri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan