AM > BERITA

KEDAI MAKANAN DALAM KAWASAN MPK DILARANG GUNA PENYEDUT MINUMAN PLASTIK MULAI 1 OGOS

25/06/2024 03:01 PM

KANGAR, 24 Jun (Bernama) -- Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Yang Dipertua MPK Affendi Rajini Kanth berkata sebagai alternatif, peniaga ataupun pemilik premis itu boleh menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi.

Beliau berkata kegagalan peniaga mematuhi arahan itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.

“Sekiranya gagal mematuhi arahan Majlis (di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976) boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 atau boleh didenda oleh mahkamah jika disabitkan kesalahan iaitu tidak melebihi RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan