AM > BERITA

BANJIR DI MEMBAKUT SEMAKIN PULIH, 30 ORANG MASIH DI PPS

25/06/2024 09:56 PM

KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) -- Keadaan banjir di Membakut semakin pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 30 orang daripada 13 keluarga malam ini berbanding 120 orang daripada 48 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan penduduk yang ditempatkan di PPS Dewan Selagon, Beaufort dibenarkan pulang secara berperingkat sejak 6 petang.

“Penduduk dibenarkan pulang setelah banjir di kawasan rumah mereka surut dan tiada lagi ancaman bahaya akibat bencana itu,” menurut kenyataan itu.

Hujan berterusan di Membakut sejak Khamis lepas menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan antara kawasan terjejas ialah Jalan Lembah Poring, Kampung Baitam Baru, Kampung Ulu Baitam, Kampung Lampijas, Kampung Kayai, Kampung Jambatan Baru, Jalan Balai Polis serta Kampung Tengah Brunei.

Membakut adalah daerah di kawasan pedalaman Sabah kira-kira 90 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan