BERITA TERGEMPAR   PM Anwar ulangi pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Gaza | 
 AM > BERITA

MAYAT MANGSA BOT TERBALIK DI PULAU INDAH DITEMUKAN

26/06/2024 10:29 PM

SHAH ALAM, 26 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki yang merupakan mangsa insiden bot terbalik pada Ahad lalu ditemukan di perairan Pulau Indah, Klang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata mayat Mohd Fazil Paijan, 36, ditemukan terapung pada kedudukan 2.4 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan karam di perairan Pantai Acheh, Pulau Indah.

Penemuan mayat mangsa yang berseluar panjang biru dan berbaju hitam itu susulan panggilan daripada bot nelayan tempatan (BNT) Persatuan Nelayan Teluk Nipah pada 12.14 tengah hari, yang menyertai op carilamat berkenaan.

“Mayat berkenaan dibawa ke Jeti Marina Pulau Indah untuk diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan seorang nelayan selamat manakala seorang lagi masih hilang setelah bot dinaiki terbalik ekoran dipukul ombak akibat cuaca buruk di perairan Pantai Acheh, Pulau Indah dekat sini pada 23 Jun lalu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan