AM > BERITA

ALLAHYARHAM NOOR FARIDA SELAMAT DIKEBUMIKAN

27/06/2024 07:34 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Jenazah bekas Duta Besar Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida Ariffin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pada jam 5.39 petang, hari ini. 

Adik beliau Zainil Anuar Ariffin, 72, berkata Allahyarham meninggal dunia di Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman, Hospital Kuala Lumpur hari ini kerana ketumbuhan di bahagian otak. 

Allahyarham Noor Farida menghembuskan nafas terakhir pada 1.30 tengah hari tadi selepas seminggu berada di hospital berkenaan, menurutnya. 

“Minggu lepas Allahyarham sudah buat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan doktor nasihat tidak boleh buat apa-apa kerana ketumbuhannya semakin besar dan faktor umur beliau yang sudah lanjut,” katanya kepada Bernama. 

Jenazah Noor Faridah selesai disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru di sini pada pukul 5.12 petang tadi. 

Noor Farida yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Belanda dari tahun 2000 hingga 2007 itu merupakan tokoh cukup dikenali dalam sistem perundangan serta kehakiman negara dan pernah mewakili negara sebagai Ejen Bersama Malaysia bagi kes Pulau Ligitan, Pulau Sipadan dan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan