AM > BERITA

RERUAI MTD PROPERTIES JADI TUMPUAN UTAMA DI KARNIVAL JOM HEBOH MELAKA 2024

29/06/2024 02:25 PM

MELAKA, 29 Jun (Bernama) --  Tawaran dua projek perumahan baharu pada harga mampu milik dengan kualiti terbaik menjadikan reruai MTD Properties antara tumpuan pengunjung pada Karnival Jom Heboh 2024 berlangsung di Dataran MITC Ayer Keroh, bermula semalam. 

Ketua Pegawai Operasi (COO) MTD Properties Dr Nik Fauzan Nik Faizul berkata dua projek baharu itu ialah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka dan Taman Sutera di Kajang, Selangor. 

"Kita tawarkan harga rumah yang cukup menarik iaitu bermula pada harga RM270,000 bagi projek di Melaka," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata MTD Properties mempunyai tanah seluas lebih 1,800 ekar untuk menjalankan pembangunan hartanah di Melaka.

"Untuk projek di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu Cinerea Heights, projek rumah teres satu tingkat tersebut meliputi keluasan 21 ekar dengan 235 unit keseluruhan dan telah terjual sebanyak 50 peratus sejak prapelancaran pada awal tahun ini.

"Sementara di Taman Sutera, Kajang, sebanyak 90 peratus daripada 160 ekar tanah telah dibangunkan dengan sebanyak 70 unit rumah kedai MTD Sutera Niaga 8 telah habis dijual sebelum projek ini siap dibangunkan pada awal tahun ini," katanya. 

Susulan sambutan luar biasa diterima bagi projek di Taman Sutera, Kajang, Nik Fauzan berkata MTD Properties akan membangunkan MTD Residensi Sutera Vista - projek pembangunan campuran iaitu apartment dengan 74 unit Rumah Selangorku (RSKU) dan 304 rumah unit bebas tidak lama lagi. 

Selain di Taman Sutera, Kajang dan Taman Tasik Utama, Melaka, MTD Properties juga telah membangunkan projek di Tanduk 5, Bangsar, Damansara Height dan juga di luar negara seperti One Crown Place di London dan Filipina. 

“Justeru, penduduk Melaka khusunya jangan lepaskan peluang untuk datang ke reruai kami bagi mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan MTD Properties,” katanya. 

Sempena karnival itu juga, MTD Properties melancarkan peraduan 'Beli Rumah dan Menang’ kepada pembeli rumah bertuah yang berpeluang memenangi sebuah kereta Proton X50 atau S70.

"Pada masa sama, pengunjung ke reruai kami sepanjang berlangsung Karnival Jom Heboh ini juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti televisyen dan peralatan rumah," katanya. 

Sementara itu, Nik Fauzan berkata MTD Properties selaku peneraju hartanah Malaysia sejak 34 tahun, telah melaksanakan pelbagai projek kediaman, komersial, perindustrian dan infrastruktur berkualiti tinggi serta komited untuk menyediakan persekitaran selesa dengan mengutamakan kecekapan, inovasi dan kelestarian.

"Kita luaskan sayap MTD Properties di Melaka kerana percaya negeri ini adalah satu daripada tempat yang mempunyai potensi tinggi untuk pembangunan hartanah dan juga dengan banyak aktiviti pelancongan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan