AM > BERITA

MIDEA, MANCHESTER CITY RAI PERKONGSIAN BERTERUSAN MENERUSI KEMPEN "BUY WIN FLY 2.0"

03/07/2024 07:08 PM

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Midea Scott and English Electronics Sdn Bhd (Midea Malaysia) menerusi Perkongsian Rasmi Midea Manchester City melancarkan kempen BUY WIN FLY 2.0 sebagai usaha berterusan untuk memperluas jangkauan global dan meningkatkan jenama itu untuk terus dikenali di pasaran.

Pengurus Besar Midea Malaysia Mark Tam berkata perkongsian dengan Manchester City menjadi kejayaan terbesar dalam meningkatkan pendedahan global dan mengukuhkan perjalanan jenama itu dalam menawarkan penyelesaian rumah inovatif.

“Kami teruja untuk meneruskan perjalanan ini dengan kempen BUY WIN FLY 2.0, yang bukan sahaja memberi ganjaran kepada pelanggan setia tetapi juga mempamerkan pelbagai peralatan rumah yang Midea tawarkan terutamanya produk Internet benda (IoT) dan WIFI terbaru kami,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Midea Malaysia hari ini. 

Beliau berkata untuk hadiah utama, tiga pemenang bertuah akan menerima perjalanan bertaraf dunia ke United Kingdom merangkumi penginapan lima hari empat malam dan akses VIP ke Stadium Etihad yang merupakan ‘rumah’ kepada Kelab Bola Sepak Manchester City.

Pemenang tempat kedua pula berpeluang membawa pulang peti sejuk Inverter Quattro 4-pintu Midea serta pencuci lantai basah dan kering tanpa kord 3-dalam-1.

Tam berkata setiap pengguna Midea yang membeli mana-mana produk Midea layak menyertai peraduan kempen BUY WIN FLY 2.0 hingga 31 Ogos ini.

“Pengguna Midea hanya perlu mengisi borang dengan melayari laman web rasmi Midea Malaysia https://www.midea.com/my/mancitybuywinfly2024 bagi menyertai peraduan besar ini,” katanya.

Menerusi kempen tersebut, Midea turut melancarkan siri terbaharu peralatan rumah pintar yang telah direka dan dinaik taraf untuk berintegrasi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) moden.

Inovasi itu membolehkan pengguna mengawal persekitaran rumah dengan mudah melalui aplikasi Midea SmartHome seperti penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, hud dan hob dapur, ketuhar gelombang mikro, dan pencuci vakum robot.

Pengerusi Kehormat Midea Malaysia Ng Kong Chin berkata Midea komited terhadap inovasi dan kualiti, selain memberi fokus kepada usaha mengintegrasikan teknologi canggih dengan amalan mampan bagi memastikan produk yang ditawarkan melebihi jangkaan pelanggan.

“Kami bertekad untuk memperluaskan jangkauan pasaran kami bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia dan meningkatkan penawaran produk kami untuk memenuhi keperluan pelbagai pengguna moden,” katanya.

Trak kempen mudah alih Midea akan bergerak ke sembilan lokasi berbeza di seluruh Semenanjung dan membuat hentian di bandar utama hingga akhir Ogos ini untuk mempromosi kempen itu secara meluas.

Inisiatif itu bertujuan memberikan pengalaman kepada pengguna secara langsung dengan produk rumah pintar Midea dan menawarkan lebih banyak maklumat tentang penyertaan dalam kempen berkenaan. 

Jadual lokasi trak kempen mudah alih BUY WIN FLY 2.0 ini adalah di Starhill, Kuala Lumpur (28-30 Jun); Aeon Big Batu Pahat, Johor (5-7 Julai); Aeon Tebrau City, Johor (12-14 Julai); Lotus’s Penang (19-21 Julai) dan Siang Dewan Fair, Ipoh (2-4 Ogos).

Turut menjadi lokasi kempen adalah di Home Living Bukit Jalil, Selangor (8-11 Ogos), Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn, Selangor (16-18 Ogos) dan IOI Mall, Puchong (23-25 Ogos).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan