AM > BERITA

KPKM LAKSANA DUA INISIATIF BAHARU TANGANI MASALAH PENGAIRAN PERTANIAN DI KELANTAN

05/07/2024 12:45 AM

KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melaksanakan dua inisiatif baharu selepas Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilakukan 21 Jun lepas tidak mampu menangani masalah pengairan kawasan pertanian di Kelantan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Muhammad Husain berkata inisiatif itu melibatkan projek pemecahan batu hampar di muka sauk stesen Pam Kemubu 2 dan penyediaan 150 telaga tiub kepada petani.

"Setinggi penghargaan atas usaha KPKM ini walaupun sungai Kelantan didapati masih belum mencapai paras yang diperlukan untuk membolehkan rumah pam di Kemubu 1 dan 2 beroperasi. 

"Dua inisiatif baharu oleh KPKM dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan ini adalah di bawah projek perolehan darurat kemarau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja pemecahan batu hampar telah dijalankan pada 27 Jun lepas dan dijangka membolehkan air sungai mengalir masuk ke kawasan muka sauk rumah pam walaupun berada pada paras yang rendah. 

"Kita menjangkakan dua inisiatif bagi penyelesaian segera dan darurat ini dapat membantu mengatasi isu kemarau di kawasan skim pengairan KADA," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan