AM > BERITA

Pesta Air Sibu Jaya 2024 Tarik Lebih 20,000 Pengunjung

21/09/2024 09:03 PM

SIBU,12 Sept (Bernama) -- Pesta Air Sibu Jaya, yang menyerupai Festival Songkran, mempunyai daya tarikan tersendiri hingga mampu menarik kehadiran lebih 20,000 pengunjung, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata sambutan terhadap pesta itu, yang merupakan anjuran bersama Majlis Daerah Luar Bandar (MDLBS) dan Amcorp Group Berhad, pada tahun ini adalah sangat luar biasa.

"Kehadiran ini membawa manfaat besar dan melibatkan pelbagai peringkat usia daripada kanak-kanak hingga warga emas.

“Ini sekali gus menjadi platform untuk keluarga meluangkan masa bersama dan ia juga mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada usahawan serta peniaga tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Air Sibu Jaya 2024 di sini hari ini.

Abdul Karim juga berkata penganjuran pesta itu edisi 2024 adalah lebih baik dan teratur berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Amcorp Group Berhad Azlan Baqee, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai dan Setiausaha Politik Premier Sarawak William Anut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan