AM > BERITA

17,160 Sisa Puntung Rokok Dikutip Di Pantai Saujana Port Dickson

23/09/2024 12:36 PM

SEREMBAN, 23 Sept (Bernama) -- Sebanyak 17,160 puntung rokok dikumpulkan melalui program World Clean Up Day 2024 yang disertai 200 sukarelawan terdiri pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta di sekitar Pantai Saujana Port Dickson pada Sabtu lepas.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata melalui program itu juga sebanyak 7,392 cebisan plastik dan polisterin serta 1,094 helai beg plastik antara yang tertinggi dikumpulkan. 

Beliau berkata pengauditan sisa sampah itu dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting tentang jenis sampah dihasilkan para pengunjung terutama cebisan kecil yang boleh memberikan ancaman serius kepada ekosistem marin.

"Tanpa kita sedar sisa kecil ini walaupun nampak remeh namun boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada hidupan laut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Pada tahun lepas pengauditan cebisan kecil sisa merekodkan 10,651 puntung rokok diikuti 636 perkakasan makanan (sudu dan garfu plastik) dan 592 beg plastik. 

Mohd Norlisam berkata selain itu, sejumlah 203 penutup botol plastik dan 178 bekas minuman plastik adalah yang terbanyak dikumpulkan semasa pelaksanaan aktiviti pembersihan dan sisa jenis ini paling berbahaya untuk hidupan laut.

Beliau berkata bahan berkenaan mengambil masa ratusan tahun untuk terurai dan sering dimakan oleh haiwan marin sekali gus menyebabkan kemudaratan kepada ekosistem. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan