AM > BERITA

MAHA 2024: Usahawan Perlis Catat Jualan Melepasi Sasaran

23/09/2024 05:01 PM

KANGAR, 23 Sept (Bernama) -- Nilai jualan direkodkan 10 usahawan Perlis pada penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 dari 11 Sept hingga semalam sebanyak RM394,787.40 sekali gus melepasi sasaran ditetapkan antara RM200,000 hingga RM250,000.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis Mohd Anzara Azizan berkata nilai jualan itu berdasarkan lima kluster iaitu Pavilion Negeri, Kingdom Of Agrofood, Food Empire & Viral, Foodtruck Fiesta dan Agrobazaar Online.

“Dalam MAHA 2024 itu, seramai 10 usahawan Perlis berjaya menyertai jualan melibatkan 13 lot jualan di Pavilion Negeri, Kingdom Of Agrofood, Food Empire & Viral dan Foodtruck Fiesta. 

“Sebanyak 47 jenis produk ditawarkan melibatkan produk Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) serta makanan dan minuman keluaran Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kluster Pavilion Negeri mencatatkan nilai jualan RM206,271.40, Kingdom Of Agrofood (RM39,995.20), Food Empire & Viral (RM95,445), Foodtruck Fiesta (RM19,364.80) dan Agrobazaar Online (RM33,711).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan