DUNIA > BERITA

GUNUNG MERAPI DI PULAU JAWA MUNTAHKAN LAVA, PIROKLASTIK SEJAUH 1.5 KILOMETER

19/06/2024 06:21 PM

JAKARTA, 19 Jun (Bernama) -- Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah dan Yogyakarta baru-baru ini memuntahkan lava dan aliran piroklastik sehingga 1.5 kilometer dari puncak.

Aliran-aliran ini mengalir ke arah hulu sungai berdekatan, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat.

Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) memaklumkan aliran itu menuju ke Sungai Bebeng pada 8.55 malam (waktu tempatan) Selasa.

“Gunung berapi itu mengeluarkan asap putih bertekanan rendah, mencapai ketinggian 25 hingga 50 meter.

Terdapat satu aliran piroklastik dan 11 aliran lava, semuanya mengarah ke barat daya dengan jarak maksimum 1.5 km, menurut laporan terkini BPPTKG pada Rabu.

"Unjuran bahan gunung berapi sekiranya berlaku letusan boleh mencapai radius tiga kilometer dari puncak," menurut agensi itu ambil menambah bahawa aliran magma yang berterusan boleh mencetuskan lava dan piroklastik dalam zon bahaya.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, memandangkan status Amaran Gunung Merapi pada Tahap III sejak November 2020.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan