DUNIA > BERITA

DELEGASI KONGRES AS BERTEMU DALAI LAMA DI INDIA

19/06/2024 07:32 PM

NEW DELHI, 19 Jun (Bernama) -- Delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS), termasuk bekas Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pada Rabu bertemu dengan Dalai Lama, pemimpin Tibet yang hidup dalam buangan di India, walaupun mendapat bantahan keras dari China.

Kumpulan yang diketuai oleh pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Michael McCaul bertujuan untuk "menonjolkan sokongan dwipartisan dalam Kongres AS untuk Tibet mempunyai hak menentukan masa depan mereka sendiri".

Tokoh spiritual Buddha berusia 88 tahun itu berpangkalan di bandar Dharamshala di negeri Himachal Pradesh, utara India.

McCaul ketika bercakap kepada pemberita selepas pertemuannya, berkata salah satu isu yang dibincangkan adalah "untuk mempunyai Tibet yang bebas".

China dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa oleh kedutaannya di New Delhi, menuduh Dalai Lama terlibat dalam "aktiviti pemisah anti-China di bawah nama agama".

"Kami menggesa pihak AS untuk mengakui sepenuhnya sifat pemisah anti-China kumpulan Dalai, menghormati komitmen yang telah dibuat oleh AS kepada China mengenai isu-isu berkaitan Xizang (Tibet), dan berhenti menghantar isyarat yang salah kepada dunia," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan