DUNIA > BERITA

PRESIDEN XI UCAP TAHNIAH KEPADA WIE 2024

20/06/2024 12:56 PM

BEIJING, 20 Jun (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Ekspo Kecerdasan Dunia (WIE) 2024 yang dirasmikan di bandar Tianjin, utara China hari ini.

Xi dalam surat tahniahnya berkata kecerdasan buatan (AI) merupakan daya penggerak penting bagi revolusi sains dan teknologi serta transformasi perindustrian pusingan baharu, ia juga akan memberikan kesan mendalam terhadap pembangunan sosioekonomi global dan kemajuan peradaban insan.

"China mementingkan pembangunan AI, secara aktif mendorong integrasi Internet, data besar, AI dengan ekonomi sebenar, memupuk dan mengembangkan industri AI, mempercepat pembangunan kuasa produktif kualiti baharu serta memberikan momentum baharu kepada pembangunan berkualiti tinggi," kata Xi.

Beliau menekankan bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara lain untuk mengambil peluang daripada pembangunan digital, rangkaian dan kecerdasan, mempergiat kerjasama antarabangsa mengenai pembangunan dan tadbir urus AI, agar memberikan sumbangan kepada pembangunan mampan AI, pertumbuhan ekonomi dunia dan kesejahteraan rakyat di pelbagai negara.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan