DUNIA > BERITA

MALAYSIA, CHINA ZAHIR KEBIMBANGAN MENDALAM KRISIS KEMANUSIAAN DI GAZA

20/06/2024 10:02 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia dan China melahirkan kebimbangan mendalam terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan menekankan keperluan melindungi orang awam mengikut undang-undang antarabangsa.

Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang menggesa gencatan senjata segera dan kekal, penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan serta perlindungan bagi petugas bantuan dan perubatan.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak menegaskan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak untuk negara Palestin yang merdeka.

"Malaysia dan China menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempertimbangkan semula permohonan Palestin bagi keahlian penuh, selaras dengan Resolusi A/RES/ES-10/23 yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mei 2024.

“Kedua-dua negara menyatakan sokongan penuh untuk menyambung semula proses penyelesaian politik berdasarkan penyelesaian dua negara serta mempromosikan penyelesaian menyeluruh, adil dan berkekalan bagi isu Palestin pada tarikh terawal,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan