DUNIA > BERITA

BLACKPINK LANCAR FILEM KONSERT SEMPENA ULANG TAHUN

21/06/2024 03:09 PM

SEOUL, 21 Jun (Bernama-Yonhap) -- Kumpulan K-pop wanita popular, BLACKPINK akan menyambut ulang tahun kelapan dengan menayangkan sebuah filem yang merakamkan jelajah dunia mereka yang mencatat rekod, kata agensi kumpulan itu pada Jumaat.

Filem bertajuk "BLACKPINK World Tour 'Born Pink' in Cinemas," akan ditayangkan di Korea Selatan dan lebih 100 negara lain pada 31 Julai, menawarkan peminat peluang untuk menghidupkan kembali persembahan mengagumkan kumpulan itu, kata YG Entertainment.

Tarikh tayangan filem berkenaan adalah kira-kira seminggu sebelum ulang tahun kelapan kumpulan itu pada 8 Ogos, lapor agensi berita Yonhap.

Filem konsert itu merangkumi inti pati jelajah "Born Pink" kumpulan K-pop berkenaan, yang merangkumi 34 bandar dan menarik 1.8 juta penonton dalam 66 persembahan dari 2022 hingga 2023. Jelajah ini telah diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dilakukan oleh kumpulan K-pop wanita.

Ia bakal menjadi fenomena memandangkan ia adalah tayangan filem konsert pertama kumpulan K-pop wanita yang ditayangkan di lebih 110 negara termasuk Amerika Syarikat dan Britain.

Filem ini akan tersedia dalam pelbagai format, termasuk ScreenX, 4DX dan Ultra 4DX, menawarkan pengalaman menonton yang mengasyikkan, menurut agensi itu.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan