DUNIA > BERITA

ISRAEL LANJUTKAN PENAHANAN WARTAWAN WAFA BUAT KALI KETIGA

24/06/2024 10:19 PM

RAMALLAH, 24 Jun (Bernama-WAFA) -- Mahkamah tentera pendudukan Israel di Salem pada Isnin  melanjutkan untuk kali ketiga penahanan Rasha Hirzallah, seorang wartawan  wanita Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) sehingga 11 Ogos.

WAFA melaporkan bahawa Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata proseding baharu diadakan pada Isnin untuk Hirzallah di mahkamah Israel di Salem, dan penahanannya dilanjutkan sehingga 11 Ogos.

Raed Mahameed, peguam Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan, berkata bahawa mahkamah memutuskan untuk melanjutkan penahanan sehingga 11 Ogos dengan alasan untuk melengkapkan "prosedur kehakiman".

Sebelum ini  satu proseding mahkamah telah diadakan untuk Hirzallah pada 10 Jun, yang seterusnya memutuskan untuk melanjutkan penahanannya selama dua minggu.

Pada awal Jun, perisikan Israel telah memanggil Hirzallah untuk disoal siasat di pusat tahanan di koloni haram Ariel.

Hirzallah  pergi ke sana bersama seorang peguam dan semasa ketibaan mereka, beliau diberitahu bahawa dia akan ditahan selama 72 jam.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan