DUNIA > BERITA

ANGKA KORBAN DI GAZA MENINGKAT KEPADA 37,877 PADA HARI KE-268 PERANG

01/07/2024 10:39 AM

GAZA, 1 Julai (Bernama-WAFA) -- Sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dan 111 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika rejim Israel melakukan tiga lagi serangan di Gaza, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah rakyat Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober kini meningkat kepada 37,877 orang dengan 86,969 individu cedera, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) pada Ahad.

Sementara itu, ambulans dan pasukan penyelamat masih gagal mencapai kebanyakan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat di jalan-jalan di seluruh wilayah yang dilanda perang ekoran Israel terus menghalang pergerakan pasukan itu.

-- BERNAMA-WAFA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan