DUNIA > BERITA

DOKUMENTARI ARAHAN CMG DISIARKAN DI TAJIKISTAN

01/07/2024 03:47 PM

DUSHANBE, 1 Julai (Bernama-CMG) -- Lebih 10 dokumentari arahan Kumpulan Media China (CMG) termasuk “Encounter With Xi Jinping” disiarkan menerusi media arus perdana Tajikistan menjelang lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke negara itu.

Majlis pelancaran untuk siaran dokumentari anjuran bersama CMG, agensi berita "Khoval"  dan TV Sinamo Tajikistan diadakan di sini pada Ahad lalu.

Presiden CMG, Shen Haixiong ketika menyampaikan ucapan menerusi pautan video pada majlis itu berkata, Presiden China, Xi Jinping bersama dengan rakan sejawatnya dari Tajikistan, Emomali Rahmon telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan China-Tajikistan dan juga telah menyediakan peluang baharu untuk memperkukuh persahabatan dan memperkasa kerjasama dalam bidang media kedua-dua negara.

“Majlis pelancaran dokumentari kali ini disifatkan sebagai satu lagi tindakan praktikal untuk melaksanakan hasil yang dilakar dalam pertemuan antara pemimpin China dan Tajikistan bagi mengeratkan hubungan bilateral.

“CMG bersedia untuk memperhebat pertukaran dan kerjasama dengan rakan-rakan media di Tajikistan dan saling belajar daripada kebudayaan masing-masing untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Tajikistan  yang menekankan persahabatan turun-temurun, berkongsi suka duka serta mewujudkan situasi saling menguntungkan dan sama menang,” kata beliau.

Lebih 10 dokumentari arahan CMG seperti  "A Road to Prosperity", "The Call of the Silk Road" dan "Beyond the Mountains" akan disiarkan menerusi agensi berita negara "Khoval", TV Sinamo dan pelbagai platform lain di Tajikistan, menumpukan kepada perubahan yang dialami pelbagai tempat China dalam pembangunan sosioekonomi.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan