DUNIA > BERITA

GAJAH ASIA DIBERIKAN OLEH MYANMAR MATI DI ZOO JEPUN

11/09/2024 12:52 PM

FUKUOKA, 11 Sept (Bernama-Kyodo) -- Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes, menurut pegawai bandar pada Selasa, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut pegawai bandar Fukuoka, gajah betina berusia 12 tahun itu, satu daripada empat ekor yang tiba di Jepun dari Myanmar pada akhir Julai, diuji positif awal bulan ini untuk virus herpes pada gajah atau Elephant endotheliotropic herpesvirus (EEHV).

Beliau berkata virus itu boleh membawa maut kepada haiwan berkenaan.

Gajah itu mati ketika Zoo Fukuoka sedang bersiap sedia untuk membuka sesi tontonan umum bagi haiwan yang disediakan dari Yangon di bawah perkongsian khas antara kedua-dua bandar.

Pegawai bandar Jepun itu berkata tiada masalah kesihatan dikesan pada baki tiga ekor gajah.

Bandar itu menerima kumpulan gajah berkenaan melalui perundingan selama bertahun-tahun dengan Yangon susulan kematian gajah Asia, Hanako di zoo itu pada 2017.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan