DUNIA > BERITA

LAPAN LEMAS DI SUNGAI DI GUJARAT, INDIA

14/09/2024 11:27 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) -- Lapan lelaki lemas ketika mandi sungai di Gujarat, barat India pada Jumaat.

Insiden lemas itu dilaporkan oleh penduduk kampung yang pergi ke sungai Meshwo di daerah Gandhinagar di Gujarat untuk upacara membenamkan patung dewa, kata seorang pegawai kanan polis kepada media tempatan.

Polis menemukan lapan mayat dari sungai itu dan juga memastikan sama ada terdapat mangsa lain yang hilang.

Seorang saksi yang merupakan sebahagian daripada kumpulan itu, memberitahu polis bahawa terdapat sembilan orang mandi di sungai itu manakala sekumpulan penduduk kampung telah berkumpul untuk membenamkan patung dewa Hindu Ganesha.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan