DUNIA > BERITA

ADB SOKONG BANGLADESH DALAM PEMBAHARUAN STRUKTUR UTAMA

16/09/2024 02:43 PM

DHAKA, 16 Sept (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengumumkan komitmennya untuk membantu kerajaan sementara Bangladesh dalam melaksanakan pembaharuan struktur penting, lapor Xinhua.

Pemberi pinjaman yang berpangkalan di Manila itu menyatakan kesediaannya untuk membantu ekonomi Asia Selatan yang sedang dilanda krisis, ketika delegasi kanan ADB diketuai Ketua Pengarah Asia Selatannya Takeo Konishi, mengadakan pertemuan dengan Ketua Penasihat Muhammad Yunus daripada kerajaan sementara Bangladesh di Dhaka pada Ahad.

Pegawai kanan ADB itu berkata bank itu mempunyai sejarah panjang bekerja di Bangladesh dan berminat untuk menyokong kerajaan sementara memulakan pembaharuan struktur penting di negara itu.

Yunus memaklumkan delegasi ADB bahawa mereka berada dalam situasi sifar. "Segala-galanya perlu dilakukan secepat mungkin."

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mereformasi Bangladesh, Yunus pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan membentuk enam suruhanjaya untuk mereformasi badan kehakiman, sistem pilihan raya, pentadbiran, polis, suruhanjaya antirasuah dan perlembagaan.  

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan