DUNIA > BERITA

NORWAY BERHASRAT GERAKKAN KERJASAMA RE DENGAN CHINA

18/09/2024 02:17 PM

BEIJING, 18 Sept (Bernama-CMG) -- Norway dan China boleh menjalankan kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE), kata Perdana Menteri Norway Jonas Gahr Store.

Beliau menyatakan Norway menyasar matlamat neutral karbon dicapai pada 2050, di samping bersama negara Kesatuan Eropah (EU) mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 55 peratus menjelang 2030.

"Kini China mempunyai banyak teknologi yang mendahului negara lain dalam bidang itu, dan kami perlu menggerakkan kerjasama berkenaan.

"China mencapai kemajuan signifikan dalam pembangunan kenderaan elektrik (EV), sementara 90 peratus jualan kereta baharu di Norway adalah EV," kata Store semasa temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menyentuh mengenai EU bakal membuat keputusan sama ada menambah tarif ke atas kenderaan tenaga baharu (NEV) China, Store berkata tarif punitif seumpama itu tidak patut dikenakan oleh sebarang negara kerana ia akan menjejaskan kepentingan semua pihak.

Beliau berkata Norway bukan negara anggota EU, namun menjalin hubungan rapat dengan pasaran Eropah menerusi bentuk perjanjian.

"Norway tidak mengeluarkan kereta dan juga tidak menyertai dasar perdagangan EU itu.

"Saya tidak mahu membawa beban tambahan kepada pengguna Norway dan mereka berhak membeli kereta yang disukai sendiri," kata Store.

-- BERNAMA-CMG

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan