DUNIA > BERITA

MENTERI LUAR MALTA DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI

18/09/2024 02:35 PM

VALLETTA, 18 Sept (Bernama-Xinhua) -- Menteri Luar Malta, Ian Borg dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Selasa, menurut warta kerajaan.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Malta Robert Abela memberitahu wartawan bahawa Borg akan mengekalkan tanggungjawabnya sebagai menteri luar.

Pelantikan Borg menyusul selepas kemenangannya dalam pemilihan pada Sabtu sebagai timbalan ketua Parti Buruh untuk hal ehwal Parlimen, lapor Xinhua.

-- BERNAMA-XINHUA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan