DUNIA > BERITA

PROSES PENGUNDIAN DI JAMMU DAN KASHMIR BERMULA

18/09/2024 02:42 PM

NEW DELHI, 18 Sept (Bernama-Xinhua) -- Proses pengundian di Jammu dan Kashmir bermula pada Rabu, menurut seorang pegawai kerajaan tempatan kepada Xinhua melalui panggilan telefon.

Pengundian akan berlangsung sehingga 6 petang waktu tempatan di 24 kawasan Dewan Undangan semasa fasa pertama. Wilayah itu mempunyai sejumlah 90 kawasan Dewan Undangan.

Para pengundi dilihat beratur panjang menunggu giliran mereka untuk mengundi.

Pilihan raya Dewan Undangan diadakan di wilayah itu selepas tempoh 10 tahun.

Memetik angka rasmi, Hindustan Times melaporkan bahawa lebih 2.3 juta pengundi layak mengundi di tujuh daerah.

Daripada 24 kawasan Dewan Undangan, lapan merangkumi tiga daerah di wilayah Jammu iaitu Doda, Ramban, dan Kishtwar manakala 16 di empat daerah di Kashmir iaitu Anantnag, Pulwama, Shopian, dan Kulgam.

-- BERNAMA-XINHUA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan