EKONOMI > BERITA

IPO UUE TERLEBIH LANGGAN SEBANYAK 103.83 KALI

21/06/2024 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Syarikat penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah, UUE Holdings Bhd akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 2 Julai depan, ia telah menerima sambutan menggalakkan untuk tawaran awam permulaan (IPO) dengan kadar terlebih langganan sebanyak 103.83 kali.

Syarikat itu berkata sebanyak 25,019 permohonan untuk 3.19 juta saham dengan nilai RM765.24 juta telah diterima daripada orang awam Malaysia.

“Bagi bahagian bumiputera, sebanyak 12,691 permohonan untuk 1.14 juta saham diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 74.03 kali.

“Untuk bahagian awam pula, sebanyak 12,328 permohonan untuk 2.05 juta saham diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 133.64 kali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UUE berkata 40.59 juta saham baharu disediakan untuk permohonan oleh pengarah, pekerja dan orang yang layak telah menyumbang kepada kejayaan syarikat juga telah dilanggan sepenuhnya.

Syarikat itu turut mengesahkan bahawa 38.57 juta saham baharu dan 37.46 juta tawaran saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta 15.32 juta saham melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah ditempatkan sepenunya.

Notis peruntukan akan diposkan kepada semua pemohon yang berjaya pada 28 Jun 2024.

M & A Securities Sdn Bhd adalah penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO tersebut.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan