EKONOMI > BERITA

RIZAB ANTARABANGSA BNM NAIK KEPADA US$114.1 BILION PADA 14 JUN 2024

24/06/2024 04:51 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada US$114.1 bilion menjelang 14 Jun 2024 berbanding US$113.6 bilion yang dicatatkan pada 31 Mei 2024.

Bank itu melalui satu kenyataan hari ini memberitahu kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu termasuk rizab mata wang asing yang berjumlah US$101.9 bilion, diikuti oleh rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM644.62 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR ( RM540.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.91 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.69 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.84 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) selain aset-aset lain (RM58.56 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM201.57 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.31 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM153.96 bilion), deposit kerajaan persekutuan ( RM5.55 bilion) dan deposit lain (RM63.06 bilion), kertas Bank Negara (RM19.21 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion), dan liabiliti lain (RM3.61 bilion).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan