EKONOMI > BERITA

MJETS AIR, TELEPORT BENTUK PERKONGSIAN PENERBANGAN TINGKAT OPERASI KARGO

04/07/2024 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- MJets Air Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Teleport Everywhere Pte Ltd (Singapura) untuk memanfaatkan kelebihan serta rangkaian kedua-dua syarikat, bagi meningkatkan perkhidmatan kargo udara serantau dengan menggunakan rangkaian AirAsia di seluruh Asia.

MJets Air merupakan pengendali kargo udara komersial MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd, di bawah payung MMAG Holdings Bhd, manakala Teleport, yang memenuhi keperluan Teleport Commerce Malaysia Sdn Bhd, adalah penyedia penyelesaian logistik bersepadu dan usaha niaga logistik Capital A Bhd.

MMAG, melalui satu kenyataan hari ini menjelaskan perkongsian baru terbentuk itu, ditubuhkan hanya dalam tempoh dua bulan dari perjanjian awal, akan mengukuhkan lagi pakatan strategik mereka dalam kumpulan Capital A selain memantapkan komitmen bersama mereka untuk mengembangkan perkhidmatan kargo udara di seluru

Pengarah MJets Air, Azman Kassim berkata perkongsian tersebut membolehkan MJets Air mempamerkan lagi keupayaan pengangkutan khususnya selain melonjakkan kedudukan syarikat itu sebagai hab logistik kritikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Dengan memanfaatkan rangkaian gabungan Teleport dan AirAsia, kami mampu menawarkan penyelesaian kargo yang komprehensif serta cekap, memenuhi keperluan dinamik pasaran dan meningkatkan kecekapan keseluruhan operasi kargo udara serantau,” katanya.

Azman juga berkata bahawa peranan MJets Air sebagai pengendali penyuap diperkuat dengan ketara oleh keupayaan termaju yang dimiliki Terminal Kargo Xpress MAC (XCT).

Dikenali dengan keupayaannya untuk memproses volum kargo sehingga 72 pesawat penumpang berbadan sempit secara serentak, XCT telah menetapkan piawaian industri yang baharu dengan menerima kargo sehingga 90 minit sebelum penerbangan berlepas.

Kecekapan operasi ini secara mendadak mengurangkan masa pendahuluan konvensional selain meningkatkan penyampaian perkhidmatan, fleksibiliti penjadualan dan kepuasan pelanggan, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan