EKONOMI > BERITA

PEJABAT KECERDASAN BUATAN KEBANGSAAN AKAN MULA BEROPERASI NOVEMBER INI -- GOBIND

05/09/2024 03:46 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation akan mula beroperasi November ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

"Semasa mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, kita telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan pejabat AI kebangsaan ini.

"Diharapkan pejabat ini akan beroperasi pada bulan November nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat baru SAS Institute Sdn Bhd di Menara IQ di Tun Razak Exchange, di sini, hari ini.

Gobind berkata salah satu fokus utama Pejabat AI kebangsaan adalah untuk merangka ekosistem yang memastikan Malaysia boleh menjadi hab AI di rantau ini.

"Ini termasuk menarik perhatian pelabur dari seluruh dunia untuk melihat Malaysia sebagai destinasi utama dalam pusat data dan ekosistem berkaitan.

"Kita melihat kepentingan teknologi baharu dan keperluan untuk mempersiapkan negara kita untuk teknologi ini. Dengan penubuhan pejabat AI kebangsaan ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kita menjadi peneraju dalam bidang ini di peringkat global," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan