EKONOMI > BERITA

PELABUR WAJAR AMBIL TAWARAN TERBITAN HAK OCR GROUP - AHLI AKADEMIK

08/09/2024 05:11 PM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pelabur yang mempunyai pegangan saham dalam syarikat pemaju hartanah, OCR Group Bhd, perlu mempertimbangkan untuk menyertai langkah terbitan hak boleh lepas syarikat itu.

Ini memandangkan langkah itu melibatkan sehingga 1.34 bilion waran boleh cerai percuma.

Pensyarah Kanan Kewangan di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata pemegang saham yang layak berhak mengambil tawaran itu berdasarkan dua saham hak dengan dua waran bagi setiap tiga saham OCR Group sedia ada yang dipegang setakat 5 Sept.

“Ini melibatkan aritmetik yang mudah apabila harga tawaran terbitan hak pada 3.5 sen itu meliputi diskaun 30 peratus daripada harga saham semasa OCR Group sebanyak lima sen.

“Kemudian akan ada dua waran percuma yang datang dengan setiap dua saham hak. Seseorang (pelabur) itu boleh menjangkakan secara konservatif harga waran akan disenaraikan pada 1.5 sen,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, pelabur boleh meraih diskaun 30 peratus atau 1.5 sen daripada satu saham hak, selain 1.5 sen lagi daripada waran percuma -- menjadikan keseluruhan diskaun sebanyak 60 peratus atau tiga sen.

Saham hak OCR Group, yang kini didagangkan di Bursa Malaysia, boleh dibeli sebelum 13 Sept.

Tarikh dan masa terakhir untuk penerimaan dan pembayaran bagi perumpukan sementara dan lebihan saham hak dengan Waran E ialah pada Isnin, 23 Sept, 2024 pukul 5 petang.

Pada 24 April, anak syarikat tidak langsung OCR Group, OCR Templer Sdn Bhd merancang untuk membangunkan projek kediaman bertanah di kawasan 7.44 hektar di Templer, Rawang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (NPK) sebanyak RM313 juta.

Pada Jumaat, saham OCR Group ditutup pada lima sen, dengan 10.92 juta saham bertukar tangan.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan