NENEK, CUCU DIKHUATIRI SESAT DI BUKIT BULUH TELUR, SELANGOR

17/06/2024 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Seorang wanita warga emas bersama cucu perempuan berusia 12 tahun dikhuatiri sesat ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu, Selangor, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.12 petang dan lapan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan hingga 7.20 malam sebelum ditangguhkan kerana faktor gelap dan keadaan cuaca (hujan) di lokasi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan esok pagi.

Wanita berkenaan sebelum itu menghubungi anaknya pada 12 tengah hari yang memaklumkan dia sesat.

Susulan itu, anak sulungnya membuat laporan polis pada 3 petang tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan