BERITA TERGEMPAR   PM Anwar ulangi pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Gaza | 

BEBERAPA JALAN DITUTUP, LANCARKAN PROSES PENAMAAN CALON PRK SG BAKAP

20/06/2024 12:07 PM

NIBONG TEBAL, 20 Jun (Bernama) -- Beberapa jalan akan ditutup pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sabtu ini. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Chong Boo Khim berkata jalan yang terlibat akan ditutup sementara bermula 11.59 malam Jumaat hingga 3 petang Sabtu.

"Bagi melancarkan proses penamaan calon, beberapa jalan iaitu Jalan Serindit, jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan jalan susur Jabatan Kerja Raya SPS di kawasan Dewan Serbaguna Jawi akan ditutup.

"Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan mengenal pasti laluan-laluan yang ditutup serta menggunakan laluan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata orang ramai yang hadir ke lokasi penamaan calon dinasihatkan agar tidak meletakkan  kenderaan di kawasan tidak dibenarkan seperti kawasan perumahan, sehingga boleh menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan