MARITIM MALAYSIA TAHAN EMPAT BOT NELAYAN ASING

04/07/2024 06:51 PM

MERSING, 4 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing menahan empat bot nelayan asing bersama 19 kru selepas disyaki memasuki perairan negara tanpa kebenaran, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata keempat-empat bot dan kesemua kru berusia antara 26 hingga 67 tahun itu ditahan di kedudukan 9.7 batu nautika timur laut Pulau Pemanggil di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Pemeriksaan terhadap empat bot nelayan asing itu mendapati ia dikendalikan 19 kru termasuk tekong terdiri daripada 11 warga Thailand, tujuh warga Myanmar dan seorang warga Kemboja dengan kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, keempat-empat bot tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen bertulis bagi kebenaran memasuki perairan perikananan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua kru, empat bot dan peralatan menangkap ikan dibawa ke jeti Maritim Pos Teluk Gading, Pahang untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan