BAYI LELAKI BERTALI PUSAT BERBUNGKUS KAIN BATIK DITEMUI DI RUMAH KOSONG

15/09/2024 05:50 PM

KOTA BHARU, 15 Sept (Bernama)-- Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan orang ramai dalam keadaan berbungkus kain batik dibuang di sebuah rumah  kosong di Lorong Perisai Wira di Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berkaitan penemuan itu pada 9.43 malam dan sepasukan anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui bayi yang berbungkus dengan kain batik.

“Bayi tersebut dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Pemeriksaan pihak hospital mendapati bayi lelaki itu mash bertali pusat, berat bayi 2.74 kilogram (kg), berambut hitam,, kulit cerah dan tiada tanda-tanda kecederaan trauma,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan masih dijalankan bagi mengesan ibu kepada bayi itu.

Menurutnya orang awam mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan kes ini boleh menghubungi balai polis yang terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Iman di talian 011-31460199.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan