KES GISBH: SPRM TIDAK LIHAT UNSUR RASUAH DALAM SIASATAN

18/09/2024 02:25 PM

PUTRAJAYA, 18 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata PDRM akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM.

"Yang ini (siasatan) kita serahkan pada polis kerana saya tak nampak isu rasuah di sini. Pihak polis akan meneruskan siasatan tanpa campur tangan SPRM," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada SPRM akan turut menjalankan siasatan membabitkan pengubahan wang haram terhadap GISBH.

Pada 11 Sept lepas, PDRM melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ia bagi membantu siasatan kes sebuah syarikat yang didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. 

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan