POLIS SARAWAK LUPUS DADAH BERNILAI LEBIH RM2.6 JUTA

19/09/2024 12:40 PM

KUCHING, 19 Sept (Bernama) -- Polis Sarawak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.6 juta yang dirampas di seluruh negeri, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

Beliau berkata pelupusan itu merangkumi barang kes dari 2017 hingga tahun ini yang melibatkan sebanyak 7,478 kes yang telah selesai siasatan serta perbicaraan mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

"Barang kes yang dimusnahkan terdiri serbuk Ekstasi seberat 23.1 kilogram (kg), syabu (17.1 kg), ganja (12 kg), daun ketum (8.5 kg), pil Erimin 5 (2.4 kg), pil Nospan (0.7 kg), pil Ekstasi (0.13 kg), air ketum 85.60 liter dan 6,585 botol urin.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melupuskan barang kes dadah dan racun menggunakan kaedah Loji Rawatan Termal di Trienekens Sarawak Sdn Bhd, syarikat bertauliah yang dilantik oleh Polis Diraja Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata pelupusan barang kes itu dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan