POLIS BURU LELAKI TERLIBAT KES BUNUH DI KENINGAU

20/09/2024 06:51 PM

KOTA KINABALU, 20 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.

Timbalan Ketua Polis Keningau DSP Alizam Dalaman berkata dalam kejadian 9.40 malam itu mangsa merupakan jiran kepada suspek.

Beliau berkata isteri dan anak suspek telah melarikan diri ke rumah mangsa selepas berlaku pertengkaran antara suami isteri itu.

"Isteri suspek meminta bantuan daripada mangsa supaya dihantar ke Balai Polis Keningau tetapi mangsa telah berjumpa dengan suspek sebelum berlaku pergaduhan," katanya.

Alizam berkata ekoran pergaduhan itu, suspek menetak mangsa menggunakan objek tajam menyebabkan berlaku pendarahan yang teruk.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148 atau mana-mana balai berhampiran.

--BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan